Proses penuaan adalah lumrah bagi setiap individu. Ia menyebabkan perubahan tertentu pada kulit. Apabila usia bertambah, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulitbakan menjadi lemah. Akibatnya,kulit menjadi kendur,menipis dan kehilangan integriti tisu membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut.Ketika perubahan itu berlaku graviti turut melaksanakan tugasannya dengan menarik kulit yang menyebabkannya menjadi kendur.
Sinaran matahari juga menjadi penyebab utama perubahan kulit.Berapa banyak seseorang itu terdedah kepada sinaran akan menentukan sejauh manakah kedutan pada kulit.Justeru,kemunculan pelbagai produk kosmetik berasaskan kolagen dalam pasaran sekarang memberi peluang orang ramai memilih mana produk yang sesuai. Produk sebegini dikatakan dapat memperlahankan proses penuaan dengan menggantikan kolagen yang semakin berkurangan dan membantu sebagai agen awet muda.
Fakta Kolagen
Apa itu Kolagen? Ia adalah sejenis protein semulajadi dalam kulit manusia dan menjadi bahan asas bagi menghasilkan sel,tisu dan organ dalam tubuh manusia. Satu pertiga daripada protein dalam tubuh manusia diperbuat daripada kolagen dan kebiasaannya ditemui pada tulang,otot dan tisu pada organ.
Kolagen juga bersama-sama komponen lain seperti keratin dan elastin memberi kekuatan serta keanjalan struktur kulit.Penghasilan kolagen secara semulajadi akan berkurangan perlahan-lahan dengan peningkatan usia pada kadar purata satu peratus setiap tahun.
Bagi wanita,penghasilan kolagen tidak sebanyak lelaki.Oleh itu,dengan penghasilannya yang semakin berkurangan pada kadar satu peratus wanita akan kehilangan hampir separuh kolagen daripada kulit mereka seawal usia 50 tahun.
Kolagen semulajadi ini juga boleh berkurangan disebabkan faktor persekitaran seperti kerap terdedah kepada cahaya matahari,toksin seperti asap rokok dan dadah serta nutrisi yang tidak seimbang.
Produk Kolagen
Kebelakangan ini,ada banyak produk dipasaran berasaskan kolagen yang dikatakan dapat menggantikan kolagen akibat peningkatan usia. Produk kolagen yang berada di pasaran pada masa ini disediakan dalam bentuk minuman,pil,kapsul,krim dan suntikan.
Produk ini dikatakan membantu menghilangkan kedut dan garisan halus pada muka,menambah keanjalan dan memperbaiki pigmentasi,sekaligus memberi kesan pemulihan kepada kulit. Bagaimanapun,disebalik dakwaan syarikat dan testimoni pengguna berkaitan kebaikan produk kolagen,ada beberapa faktor dari segi sains perubatan yang perlu diambil kira sebelum menyatakan kolagen buatan manusia itu bermanfaat.
Sebagai Makanan Tambahan
Seperti yang kita ketahui kolagen ialah sejenis protein dan apabila diambil sebagai makanan tambahan ia akan dihadam oleh enzim pencernaan untuk menjadi asid amino. Kemudian digunakan oleh sel untuk proses penting dalam tubuh dan tidak semestinya digunakan untuk menggantikan kolagen pada kulit atau tulang seperti dikehendaki.
Kolagen dalam bentuk krim,losen atau gel yang perlu disapu pada kulit pula dikhuatiri tidak dapat memberi kesan diingin kerana saiz molekul kolagen sangat besar dan tidak dapat menembusi lapisan kulit. Jika ada produk kolagen di formulasi dengan teknologi moden dan bersaiz mikro,kolagen yang berjaya menyerap masuk ke kulit ini berkemungkinan dimusnahkan oleh sistem imunbadan terlebih dulu sebelum sempat menghasilkan kesan diingini.
Justeru, pengguna yang bercadang menggunakan produk kolagen perlu mempertimbangkan sebaik mungkin sebelum membeli dan menggunakan produk kolagen.
Lakukan Penyelidikkan Terperinci Sebelum Mengamalkan produk kolagen
- Dapatkan pandangan dan nasihat profesional daripada pakar perubatan kosmetik atau pakar kecantikan bertauliah terlebih dahulu.Ini penting untuk mengetahui sama ada produk itu memberi manfaat dan mengurangkan kesan sampingan
- Pastikan produk yang ingin digunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berdaftar dijamin selamat dan berkualiti kerana sudah melalui ujian makmal sebelum diluluskan dan boleh dipasarkan.
- Pertimbangan dngan logik semua kebaikan yang didakwa boleh diperolehi daripada produk kolagen yang ingin dibeli.Pengguna perlu membandingkan fungsi kolagen yang dihasilkan oleh badan dengan kebaikan produk kolagen. Sepatutnya khasiat kedua-dua jenis kolagen tidak jauh beza dan tiada dakwaan khasiat keterlaluan oleh penjual produk dalam bahan promosi mereka.
- Dapatkan maklumat selengkap mungkin mengenai produk yang ingin digunakan termasuk kesan sampingan. Produk kolagen terutama yang berasaskan haiwan seperti kolagen ikan boleh menyebabkan alahan kepada pengguna berisiko.
- Masyarakat terutama golongan muda muda digalakkan bermula lebih awal. Proses penuaan boleh dilewatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul,mengandungi 4,000mg kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah ) proprietari,sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi diekstrak dari sisik Ikan Merah.Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular,sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton ) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica,kolagen ikan,ekstrak kekerang,Lactobacillus acidophilus,Vitamin C dan Vitamin B,digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokon kecantikan anda dari dalam ke luar.
Kesan Kekurangan Kolagen
Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.
No comments:
Post a Comment