Bagi wanita yang memakai tudung pula,rambut boleh berbau busuk,kelemumur,kulit kepala berpeluh dan sebagainya jika tidak dikeringkan dengan baik.
Sepatutnya wanita sama ada yang bertudung atau yang tidak berhijab perlu mengutamakan penjagaan rambut untuk mengelak daripada masalah berkenaan. Di Bawah dikongsi beberapa tips atau panduan menjaga rambut untuk wanita bertudung.
- Cuci Rambut - Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Cuma jangan terlalu kerap mencuci rambut dan bertukar produk syampoo kerana akan menyebabkan rambut hilang kelembapan.
- Urutan - Urut rambut dengan lembut sambil memicit kulit kepala beberapa minit. Kemudian gunakan air bersih dan bilas dengan sempurna.Paling elok,cuci pada sebelah petang bagi mereka yang bekerja.
- Kering Semulajadi - Keringkan rambut secara semulajadi menggunakan tuala lembut sehingga hujung rambut.Rambut yang bersimpul dan tidak disikat rapi menyebabkan kelemumur yang menyebabkan rambut berbau.
- Buat Rawatan Rambut - Tidak salah sesekali berbelanja untuk rambut. Sebulan atau dua bulan sekali, pergilah ke saloon rambut untuk rawatan sempurna. Paling tidak,gunakan kaedah traditional untuk rawatan rambut.
- Fabrik sesuai - Bagi wanita bertudung,pilih fabrik yang lembut dan untuk kemudahan udara keluar dan masuk. Kain tudung yang memerangkap haba tidak elok untuk kulit kepala dan rambut. Elakkan juga memakai tudung yang berlapis terutama ketika melakukan aktiviti riadah.Semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala bernafas.
- Rehat Cukup - Jika memakai tudung,selalunya rambut akan diikat. Sebaik pulang kerja,buka ikatan dan biarkan rambut bernafas seketika.Boleh keringkan peluh rambut menggunakan kipas biasa.
No comments:
Post a Comment