Monday, 2 March 2015

Sejauh Mana Hubungan Intim Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan?

Dalam sesebuah perkahwinan,suami isteri memainkan peranan penting dalam mengemudi bahtera yang dibina bersama.Perhubungan suami isteri itu bukan sekadar melibatkan tanggungjawab menguruskan hal rumahtangga secara luaran sahaja tetapi ia juga melibatkan emosi.

Orang kata layanan di atas katil utama kunci kebahagiaan rumahtangga.Bahkan hubungan intim antara pasangan suami isteri itu boleh memberi beberapa manafaat kesihatan kepada pasangan.


Meningkatkan  keyakinan diri
Kebahagiaan dan keceriaan di wajah suami atau isteri akan terpancar hasil daripada hubungan intim yang sihat. Secara tidak langsung keyakinan diri masing-masing dapat ditingkatkan seterusnya memacu kepada semangat untuk maju dalam kerjaya dan kehidupan berumahtangga.
Mengurangkan tekanan
Selain tekanan di tempat kerja, masalah stres atau tekanan bertambah disebabkan meningkatnya tekanan darah dan menurunnya sistem imun. Hubungan intim dapat menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan anda lebih bertenang dalam menyelesaikan masalah.
Membakar kalori
Rasanya ramai yang sudah maklum, kalori dalam badan dapat dibakar dalam lingkungan 90% setiap setengah jam hasil melakukan hubungan intim. 
Mengukuhkan hubungan
Kajian juga menyatakan hubungan intim yang sihat dapat memperbaiki kesihatan anda  dengan mengurangkan risiko mendapat sakit kanser dan lemah jantung. Ini kerana ketika melakukannya, badan akan mengeluarkan hormon oksitosin yang akan memancarkan kebahagiaan.
Mengurangkan risiko kanser prostat
Kajian membuktikan lelaki yang mengalami ejakulasi lebih kerap akan mengurangkan risiko dijangkiti kanser prostat.  Ini kerana proses ejakulasi  yang menggunakan prostat membantu mengeluarkan hormon penyebab kanser itu.

Anda Ada Mengalami Masalah Dalam Perhubungan Intim? Sila KLIK SINI .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...