Thursday, 5 March 2015

Carotomax Dan Tips Penjagaan Mata

Mata merupakan antara daya penarik bagi seorang individu. Memiliki mata yang cantik adalah impian bagi semua orang terutamanya kaum wanita. Betul? Betul!Betul!Oleh itu,ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai tujuan ini. Namun begitu,terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi untuk memiliki mata menawan dan cantik bersinar.

Tips yang boleh diamalkan agar mata cantik bersinar:
  • Tidur secukupnya
Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).
  • Minum air kosong secukupnya.
Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.
  • Bersihkan mata daripada solekan
Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.
  • Jaga pemakanan dan elakkan merokok
Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.
Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.
  • Lindungi mata dari sinaran matahari
Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.
Cermin mata hitam yang baik dan berkualiti bukan sahaja mampu menghalang silau, tetapi berupaya untuk menyerap cahaya UV. Seeloknya elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus mendedahkan mata pada pancaran sinar UV.
  • Senaman
Bersenam perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan badan dan mata khususnya. Senaman ringan untuk mata dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata.
Ini amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer. Senaman lain yang boleh diamalkan ialah menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.

  • Secara tradisional
Petua yang boleh diamalkan ialah dengan meletakkan hirisan timun di atas kelopak mata. Hirisan timun yang sejuk dapat menghilangkan keletihan.Uncang teh yang sudah digunakan juga boleh digunakan bagi menggantikan timun.Selain itu, ketulan ais kecil boleh digunakan bagi menyegarkan mata yang mengantuk.


Carotomax Shaklee Suplemen Terbaik Untuk Mata?
Ya!!  Carotomax Shaklee suplemen terbaik untuk mata.

Jika anda mempunyai masalah simptom seperti berikut :-
  • Power semakin meningkat atau penglihatan mata semakin kabur
  • Mata anda silau pada waltu malam atau pada cahaya terang
  • Doktor mengesahkan anda mengalami masalah katarak atau selaput mata
  • Mengalami kencing manis yang tinggi kerana penghidap kencing manis yang kronik boleh membawa kesan pada mata.
  • Penting bagi mereka yang bekerja sentiasa berhadapan komputer.
Atau Paling sesuai untuk mereka yang sentiasa ingin kekalkan kesihatan Mata .. Sesuai sangat!!! 

Kenapa Carotomax Shaklee?
  • Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam,mata sihat,menghalang degenerasi penglihatan.
  • Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka,mempertingkatkan sistem imun,mengurangkan risiko kanser usus,payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat anti oksidan,menghalang penuaan organ,untuk serviks yang sihat,kitaran jantung dan sistem imun, mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin - Pigmen di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun,Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut,sumber yang poten dan tulen.Melindungi kerosakkan oksidasi kolestrol LDL.
  • Lutein - Menyekat katarak,AMD ( age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur ) galukoma
  • Zeaxanthin - Melindungi mata,menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.Mengurangkan risiko kanser payudara ovari,endometrial dan serviks.






Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihatuntuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...