Pada minggu pertama selepas bersalin, didapati buah dada sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak sehingga menghasilkan benjolan sebesar guli atau mungkin lebih besar lagi. Kesakitan itu juga mungkin boleh menyebabkan demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara
Bagaimana cara mengatasi masalah ini?
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara
tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu
tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan
secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah
bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda
sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu
disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu
tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada
waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam,
walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi
menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma
pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum
memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya,
mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila
areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras.
Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam
susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan
tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air
suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan
sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa.
Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4.Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang
dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan
lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan
pada payu dara.
5.Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam
sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak
akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan
berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan
bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7.Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada
payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk
menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia
tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu
tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8.Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring.
Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai
terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah
bengkak.
9.Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di
permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk.
Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada
melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat
seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
Selain itu alternatif lain boleh ambil suplemen Lecithin Shaklee yang mana ianya juga sangat-sangatlah membantu. KLIK SINI
No comments:
Post a Comment