Friday, 27 March 2015

29 Petua Donald TRUMP Dalam Bisnes

Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump merupakan jutawan hartanah dan memiliki harta yang berjumlah berbilion. Beliau adalah pemilik kepada Trump Plaza serta hos kepada rancangan tv realiti NBC iaitu The Celebrity Apprentice.

Nama                    : Donald Trump
Pekerjaan            : Pemaju Hartanah, Usahawan, Penulis Buku Selebriti TV
Tarikh Lahir         :14 Jun 1946
Asal                      : Queens, New york
Pendidikan          : Fordham University, New York Military Academy, Wharton School of Finance
Zodiak                  : Gemini
 

Ringkasan Hidup
Donald John Trump dilahirkan pada 14 Jun 1946 di Queens, New York. Beliau merupakan anak kepada perkahwinan Frederick C. dan Mary Macleod Trump, Donald Trump adalah anak keempat dari lima adik beradik.. Ayahnya Frederick adalah seorang pembina dan pemaju hartanah yang pakar dalam pembinaan serta pengendalian rumah pangsapuri berpendapatan sederhana di Queens, Staten Island dan Brooklyn. Pada umur 13 tahun, akibat daripada sikap tegas dan aktif, Donald Trump telah dimasukkan ke sekolah ‘New York Military Academy’ oleh ibubapanya, dengan harapan sekolah berkenaan berjaya menyalurkan tenaga aktif beliau dengan lebih positif serta memupuk sikap disiplin diri. Di akademi, Trump telah berjaya dengan baik dari segi akademik dan juga kehidupan sosial. Beliau merupakan seorang pemimpin pelajar dan juga seorang bintang atlet di dalam sukan. Tahun 1964, Trump menamatkan pengajian di New York Military Academy. Beliau memasuki Fordham University dan kemudiannya berpindah ke Wharton School of Finance di University of Pennsylvania. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian ijazah di dalam bidang ekonomi pada tahun 1968. 
Pemaju Hartanah
Bak kata pepatah “bapa borek, anak rintik”, Trump mengambil keputusan untuk menjadikan bidang hartanah sebagai industri perniagaannya. Setelah tamat dari pengajian, beliau telah menyertai syarikat ayahnya iaitu ‘Trump Organization’ dengan bermatlamat lebih besar dari ayahnya. Beliau berjaya menyakinkan ayahnya untuk bersikap liberal terhadap pinjaman bank, dengan ekuiti yang ada di dalam Trump Apartment Complexes beliau berjaya mendapat pinjaman dan mampu membiayai pengembangan pegangan syarikatnya. Akibat persaingan sengit di dalam bisnes, pada tahun 1971, Trump berpindah ke Manhattan. Di sini beliau berjaya menawan hati orang ramai dengan menggunakan reka bentuk seni bina yang menarik sehinggakan beliau memenangi pengiktirafan awam. Beliau juga terlibat dengan projek-projek pembanggunan besar yang menawarkan keuntungan yang tinggi. Bermulanya empayar Trump mengembang sehingga pembangunan ke hari ini. 

Terdapat 29 Petua Bisnes yang sering digunakan sebagai panduan oleh Donald Trump.
Petua ini merupakan asas kepada kejayaan bisnes dan kehidupan beliau.
1) Letakkan diri anda sama seperti keadaan pelanggan anda.
2) Peka terhadap pinjaman - Meminjam wang apabila anda boleh atau mampu, dan TIDAK apabila anda perlu.
3) Jangan bimbang tentang kontrak – Jika anda berurusan dengan orang yang tidak baik - tidak ada kontrak akan melindungi anda!
4) Ikut gerak hati anda.
5) Hanya keputusan penting – jangan keliru antara usaha dengan keputusan!
6) Percaya tetapi sahkannya terlebih dahulu.
7) Resipi untuk kejayaan – Teruskan usaha, berdamping dengan orang yang berjaya di sekeliling anda untuk melakukan apa yang anda tidak boleh dan memberi tumpuan kepada impian anda!
8) Menyumbang kepada komuniti.
9) Sentiasa bersedia menghadapi kejayaan dan kejatuhan.
10) Lebih keras anda bekerja – lebih bernasib baik anda akan terima.
11) Membuat kesilapan – Jangan takut untuk membuat kesilapan - anda boleh membaikinya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan fakta-fakta kesilapan dan kemudian membuat keputusan terbaik darinya.
12) Tidak ada pengganti lain untuk kerja keras.
13) Menyelaraskan kerja anda dengan nilai-nilai diri anda.
14) Kekalkan momentum diri.
15) Meniru orang yang anda kagumi.
16) Berhati-hati dengan siapa anda bekerjasama.
17) Yakin kepada orang ramai (pelanggan) dan bukannya 100% pada strategi.
18) Letakkan keputusan anda melalui penyelidikan yang rapi.
19) Mengimbangi Akaun anda - JANGAN berbelanja lebih daripada anda ada.
20) Menjaga barisan pekerja atasan – secara automatik barisan pekerja bahagian bawah akan mengikuti.
21) Berkomunikasi dengan baik dan aktif.
22) Berikan yang terbaik sewaktu bekerja dan ketika bersama rakan-rakan anda.
23) Berfikiran Luas – Think Big
24) Menjangkaui keputusan - melakukan sesuatu perkara lebih daripada apa yang ditetapkan oleh anda.
25) Bertindak luar biasa dari orang lain.
26) Jadikan pasaran semasa sebagai panduan kerja – jangan bergantung kepada pasaran lama.
27) Jangan berdendam – perbuatan yang tidak masuk akal.
28) Ingat kepada matlamat serta impian anda.
29) Kekal dengan ilmu yang anda tahu - Trump pakar dengan Hartanah dan fokus terhadap bidang ini sehingga dia menjadi bilionwan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...