Monday, 30 March 2015

11 Petua Semasa Mengandung Dan Pantang Di Era GST


1) Bengkak Kaki Sewaktu Hamil
  • Bagi ibu-ibu yang menghadapi bengkak kaki dan betis sewaktu mengandung cubalah petua ini.Pertama campurkan sedikit jadam dengan air kemudian dimasak atau direbus sehingga jadam itu hancur dan pekat. Setelah itu sapukan pada kaki dan betis anda ketika jadam itu masih suam. Bacalah selawat tiga kali,sebaik-baiknya disapukan ketika hendak tidur.In shaa Allah dengan izin-Nya bengkak kaki anda akan berkurangan.
2) Menghadapi Luka Jahitan
  • Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak biasanya akan mengalami rasa sakit atau pedih ketika buang air kecilterutama yang melahirkan anak pertama ( anak sulong ).Cara untuk melegakannya ketika membuang air kecil,sediakan air suam secukupnya dan tuangkan air suam tadi pada bahagian berkenaan serentak dengan keluarnya air kencing.
  • Untuk memulihkan segera luka jahitan,cubalah cara ini.Anda boleh merebus daun dan kulit pohon tanjung secukupnya.Kemudian gunakan air itu untuk membasuh bahagian yang terluka.
3) Mengecutkan Rahim
  • Wanita yang baru bersalin akan menghadapi masalah mengecutkan rahim atau saluran peranakkan.Ada dengan cara bertungku,bersalai dan makan jamu. Satu lagi cara untuk menyembuhkan luka-luka pada saluran peranakkan ialah dengan cara iaitu ambil sebiji atau dua biji manjakani,kemudian rendam di dalam air panas beberapa minit. Setelah manjakani itu agak lembut,maka tumbuklah halus-halus dan gentel sebesar biji kacang kemudian ditelan. Amalkan setiap pagi dan petang atau pun malam hari,In shaa Allah akan berjaya.
4) Memperbetulkan Perjalanan Haid
  • Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau pun lepas keguguran,sering mengalami haid yang tidak menentu. Sama ada melebihi sepuluh hari atau pun terlalu kerap datangnya. Cara untuk mengubatinya iaitu,ambil segenggam pucuk senduduk direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan kemudian barulah diminum.Bacalah Bismillah dan selawat tiga kali,lakukan tiga hari berturut-turut.Penyakit keputihan boleh juga diubati dengan cara ini. In shaa Allah,kita akan sembuh.
5) Mengempiskan Perut
  • Kebanyakkan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badannya kembali menarik,terutama pada bahagian perut menjadi kempis selepas bersalin cubalah petua ini.Ambil lada hitam kira-kira 2 setengah genggam kemudian ditumbuk halus,dicampur dengan sebiji ragi tapai,digaul bersama cuka bercampur asam jawa.
  • Jika semua ramuan itu telah sebati,barulah disapu di perut anda,disekeliling pinggang kemudian dibengkung ketat-ketat. Seelok-eloknya dilakukan di waktu pagi setelah bertungku.
6) Memudahkan Buang Air Besar
  • Adakalanya ibu yang baru melahirkan anak begitu sukar untuk membuang air besar ataupun sembelit. Untuk menghindarkan masalah ini,ambil daun sawi ditumis dengan menggunakan sedikit minyak masak dan sedikit air .Amalkan makannya tiap-tiap hari,In shaa Allah akan mudah buang air besar dan terhindar dari sembelit.
7) Agar Badan Langsing Selepas Bersalin
  • Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin,ambillah 5cm halia bara ( halia cina ) .10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis.Tumbuk semua sampai lumat dan perahkan air limau nipis.Makan bersama nasi panas pagi dan malam,setiap hari sewaktu dalam pantang.
8) Menjarakkan Kelahiran 
  • Ramai yang menggunakan pil atau alat pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran. Namun boleh juga mencuba dengan bahan-bahan ini.Ambil lengkuas sebesar ibu jari,halia sebesar ibu jari,10 biji lada hitam dan seperempat keping ragi.Semua bahan itu ditumbuk hingga halus dan campurkan segelas air mendidih kemudian tapis.Kemudian campurkan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.Namun jika mengandung jangan minum air ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
9) Melebatkan Rambut Anak 
  • Ada juga bayi apabila rambutnya dicukur mengambil masa yang lama untuk rambutnya tumbuh kembali. Untuk langkah awal kita boleh menggunakan petua ini. Ambil seranting daun asin,seranting daun delima dan enam helai daun melur.Kesemua daun ini digiling kemudian campurkan bersama bedak sejuk dan air,lalu disapukan di kepala bayi.Sebaiknya selepas dicukur disapukan dengan ramuan ini.Disamping menyuburkan rambut ia juga menyejukkan kepala bayi.
10) Mencantikkan Pusat Bayi
  • Bayi yang sudah tercabut pusatnya perlu dijaga supaya pusatnya tidak tersembul atau menjojol.Cara ini berkesan untuk mencantikkan pusat bayi dan menghindarkan perut bayi daripada kembung.
  • Ambil seulas bawang putih ditumbuk pecah-pecah,secamca teh jintan putih,sedikit abu dapur kayu.Bungkus semua dengan kain,ikat kemas-kemas.Kemudian salai atas bara atau batu yang telah dipanaskan. Apabila telah suam kuku,tekan perlahan-lahan di keliling pusat dan perut bayi.In shaa Allah bayi akan lebih aman dan selesa.
11) Ruam Bayi 
  • Untuk mengatasi masalah ruam susu bayi,ramas dua helai daun sirih muda bersama sedikit air. Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng. Campurkan kedua bahan itu kemudian bancuh bersama bedak sejuk. Setelah itu sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu. Petua ini juga sesuai untuk menghaluskan dan melicinkan kulit bayi.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...