Tuesday, 24 February 2015

Tanda Dan Langkah Pencegahan Untuk Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut ( HFMD ) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air mucul di tangan,kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan,kaki dan kawasan diaper ( lampin ) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel ( lepuhan kecil ). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7hari.

HFMD biasanya disebabkan oleh virus ( kumpulan enterovirus ). Ia senang merebak dari individu ke individu yang lain dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus,air liur,najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti.


HFMD kebiasaanya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama.Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool ) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda Dan Gejala
Ciri-Ciri Klinikal termasuk
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Ulser pada tekak,mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel ( lepuhan kecil 3-7mm )pada tangan,pergelangan tangan,kaki dan kawasan diaper ( lampin ).
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala.
Nasihat Kepada Ibu Bapa

Sekiranya anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD,anda diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin. Anda seharusnya peka dengan sebarang tingkahlaku anak-anak seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan,muntah berterusan,ibu bapa hendahlah membawa mereka ke hospital untuk rawatan selanjutnya.Selain itu, ibu bapa/penjaga tidak seharusnya membawa anak-anak ke sekolah,pra sekolah atau nurseri. Seelok-eloknya dikuarantin buat sementara waktu agar ia tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain.

pencegahan tangan kaki dan mulut

Pencegahan

Penjagaan kebersihan sepenuhnya harus dilakukan sebagai langkah-langkah pencegahan. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air besih dan sabun sebelum menyediakan makanan,selepas keluar tandas,selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Tidak digalakkan berkongsi pakaian,tuala,perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Peralatan mainan,kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak hendaklah dibersihkan.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat-tempat awam yang sesak ( seperti sekolah, pra sekolah,tempat mainan,pasar dan pengangkutan awam )sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...