Saturday 14 February 2015

Gout Dan Pemakanan

gout dan pemakanan
Pengenalan
  • Gout merupakan satu bentuk atrithis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakkan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya,purin laut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing.Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut,mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukkan gout.
  • Ia adalah penyakit paling lama dihidapi manusia,sejak zaman dulu kala.
  • Pada masa dulu,gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan,kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan,gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 tahun - 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda-Tanda Gout

tanda gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi semakin merah,panas,bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan hari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu-minggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut,pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
  • Asid urik boleh terkumpul di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil "Tophi"
  • Dalam saluran urinari ( air kencing ),ia boleh berkumpul membentuk "batu karang "
  • Penghidap gout juga menghadapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti :-
            * Kegemukkan
            * Darah tinggi
            * Hiperlipidermia
            * Diabetes

Rawatan 
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah mengatasinya.

Rawatan Serangan Akut :-
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubat anti radang berkesan untuk mengurangkan rasa sakit dan keradangan sendi.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan.Jika rawatan awal diambil, penyakit ini tidaka akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh meningkatkan paras asid urik.
gout
  • Menjaga berat badan -Kegemukkan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan pengambilan minuman keras.
  • Pemakanan - Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
  • Sesetengah daging binatang,makanan laut,kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Pengambilan suplement tambahan untuk membantu merawat gout. Sila KLIK SINI .
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout :-
Sekiranya anda menghidapi gout,anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan purin yang tinggi. Saranan bagi pengambilan makanan yang mengandungi kandungan tinggi purin adalah antara 100- 150mg/hari. Makanan dibahagikan kepada tiga bahagian kumpulan dalam pengurusan penyakit ini :-
  • Tinggi Kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan.
  • Sederhana kandungan Purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan.
  • Rendah Kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.


Call/whatsapp 0197051983 
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com  
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya  
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihatuntuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...