Punca terjadinya selulit
1.Etnik
2.Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak
3.Hormon
4.Baka
Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi
metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang
tidak aktif dan alahan pada makanan.
Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan
kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan
ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana
merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.
Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok.
Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku
lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah
simptom biasa sembab air. Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh
darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah
pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau
penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa
yang diwarisi atau tekanan.
Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama
pembentukan selulit.
Dua sebab selulit terjadi pada wanita
- Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan
punggung
- Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid
retention)
Anda perlu tahu
Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’
(blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil
untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan
seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.
Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur
dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih
kekal begitu. ia penanda bermulanya ‘lingkaran sebab akibat’ (vicious
cycle).
Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita
kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda
berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat
‘on-again’ dan ‘off-again’ sebenarnya meningkatkan lagi beratnya.
Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular
terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.
Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza
(sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak
lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu
tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak
terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan
dada.
Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas
botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan
masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags),
lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan
rawatan terbaik untuk selulit.
Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit
sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak
juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat.
Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu
mencuba, tepuk dada tanyalah selera.
Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan
berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan
mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi
tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan
menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau
anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan
sebelum selulit mula mengganggu penampilan diri.
Lapisan lemak
ADA dua lapisan lemak berbeza iaitu lemak luaran dan lemak simpanan
dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan
manakala lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.
Justeru, selulit adalah gangguan tisu lemak yang berada di bawah kulit
di bahagian bawah tubuh. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di
bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindung dari tumbukan dan
pelanggaran (bumps), memberi rasa selesa dan memberi kita ‘kelembutan’
yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.
Tetapi terlebih makan makanan berkalori adalah punca utama pembentukan
selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan
lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam.
No comments:
Post a Comment