- Apakah itu gastritis?
- Bagaimana seseorang itu boleh mengidap gastritis?
- Adakah penyakit gastritis ini merbahaya?
- Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengelak penyakit ini?
Gastritis terjadi akibat dinding di dalam permukaan perut seseorang yang terhakis oleh asid gastrik iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan.Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda -tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda gastrik/gastritis:
- sakit ulu hati
- rasa mual
- rasa perut kembung
- kemungkinan juga pesakit akan muntah
Penyakit gastrik ini diperingkat awalnya tidak merbahaya tetapi jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan,keadaan boleh menjadi lebih serius yang menyebabkan muntah berdarah.
Apakah Punca-Punca Gastrik/gastritis?
- Pesakit tidak menjaga betul pemakanannya atau skip meal
- Tekanan atau stress
- Pengambilan ubat-ubat atau penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang penjang.
- Sejnis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
- Merokok
Selain daripada itu, merokok,pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberi risiko kepada pesakit untuk menghidap penyakit gastrik.
Apakah Langkah-Langkah untuk mencegah penyakit Gastrik ini?
- Mengambil makanan mengikut kadar waktunya atau tetap.
- Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang penjang.Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa panjang kerana pada waktu itu mereka sering sakit lutut dan sakit-sakit badan.
- Elakkan tekanan.Belajar cara sepatutnya diambil untuk mengawal stress iaitu kembali kepada fitrah kepada Dia yang menjadikan kita. Segala masalah dapat diselesaikan hanya belajar mendekatkan diri kepada -Nya.
- Jangan merokok. Jika anda seorang perokok adalah sebaik-baiknya memberhentikan tabiat merokok demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.
- Makanan secara teratur.
- Elakkan mengambil makanan yang pedas atau masam.
- Elakkan minum minuman berkafein seperti kopi atau nescafe
- Mengawal stress dengan bijak
- Elakkan minum minuman berkarbonat
- Berhenti merokok
Penyakit Gastrik ini juga boleh pulih jika kita mengamalkan displin yang betul .Namun keberkesanannya tidak dapat kita lihat dalam masa sehari dua . Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi,makanya fasa pemulihan juga turut mengambil masa.Oleh itu pokok pangkalnya adalah diri sendiri yang cuba belajar mendisplinkan diri dari sudut gaya menjaga pemakanan.
Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
Semoga info ini berguna kepada anda di luar sana. Jika Anda Mencari set Gastrik Shaklee, KLIK SINI .
No comments:
Post a Comment