Jika anda sedang hamil kembar atau berisiko hamil
kembar, anda perlu mengetahui risiko-risiko dan tip-tip berguna sebagai
persediaan.
♣ Kembar seiras berasal dari satu telur yang
bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama
dan wajah yang serupa.
♣ Kembar tidak seiras berasal dari
telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin
mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
♣ Pengambilan ubat
kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan
10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
♣ Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
♣ Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
♣
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam
kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca
daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
♣
Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan
kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya
terjadi pada awal kehamilan iaitu 6 -7 minggu dan cuma dikesan melalui
ujian ultrasounds.
♣ Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko
untuk mengalami pre-eklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi
yang serius dan juga masalah kencing manis.
♣ Disebabkan oleh saiz
uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat
placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh
memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
♣ Ibu sering mendapat
morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa
hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
♣ Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
♣
Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan
berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana
anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel
darah merah.
♣ Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
♣ Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
♣
Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan
ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan
tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
♣ Ibu kembar lebih
kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran
melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
♣ Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
♣ Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
♣ Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
♣
Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan
yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal
menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
Info : PA&MA
No comments:
Post a Comment