1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi
lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut
sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur
boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan
menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis
sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap ,
suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi
banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang
menggemukkan .
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan
mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa menggemukkan. Buat sendiri air
stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7.
Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice
dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan
manisan.
8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9.
Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam
seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan
memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
11.
Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari
internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok
kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi di belakang, atau
senyap2 ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
No comments:
Post a Comment