Sunday 5 January 2014

Apakah punca Seseorang Kurang Kesuburan?


pcos
AMBIL BERAT HAID TIDAK TERATUR !!! =========================
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.
“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,”

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.
Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...