Loving couple |
- Selesaikan masalah kalian berdua tanpa campur tangan orang ketiga ( samaada keluarga,teman-teman atau sesiapa sahaja orang luar ).
- Jangan meluahkan masalah kepada teman lawan jantina.Sebaliknya jika buntu dengan pasangan ceritakan masalah kepada teman baik sama jantina atau keluarga.Pastikan mereka jaga aib anda.
- Jaga batas pergaulan,sebaik-baiknya elakkan mempunyai teman baik lain jantina kerana ia boleh mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan.Misalnya fitnah dan menyebabkan pasangan cemburu.
- Kenalkan kawan-kawan anda kepada pasangan ,begitu juga sebaliknya agar tidak berlaku syak wasangka yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
- Dalam apa jua situasi,utamakan pasangan anda.Jangan terus meminta bantuan orang ketiga sebaliknya minta keizinan pasangan.
- Jangan salah guna laman web sosial untuk menjalin hubungan sesuka hati. Ingat status anda dan ingatkan diri anda,ramai di luar sana yang mengambil kesempatan jika anda gagal mengawal perasaan serta pendirian.
- Fahami dan jalnkan tanggungjawab dengan baik mungkin mengikut lunas agama.
- Elakkan tempat -tempat atau majlis yang menjurus ke arah maksiat. Ia akan menjadi titik permulaan kepada kehancuran rumahtangga.
Gambar keluarga bahagia
No comments:
Post a Comment